



24 Jun 2020 – Pembukaan sekolah bagi tingkatan 5 bagi SMU (A) AHMADIAH berjalan lancar seperti yang dirancang. Setiap guru diberi tugasan masing-masing bagi melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pelajar atau guru yang bergejala atau suhu lebih 37.5 tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Jika didapati pelajar atau guru mempunyai gejala dan suhu 37.5 keatas dibenarkan rehat dibilik isolasi sementara menunggu waris.
Pelajar dan gruru dinasihati untuk sentiasa membasuh tangan. Oleh itu pihak sekolah telah menyediakan hand sanitizer, bekas basuh tangan di setiap tempat untuk memudahkan pelajar dan guru sentiasa dalam keadaan bersih.