
RABU, 24 APRIL 2019 bersamaan 18 SYAABAN 1440H - SMU(A) Ahmadiah Banggol Judah telah mengadakan penyampaian cenderahati kepada empat orang pelajar tingkatan 1 Mekah sebagai satu penghargaan kerana telah membersihkan halaman sekolah pada awal pagi sebelum sesi pdp berlangsung.

Penyampaian cenderahati sempena pembersihan halaman sekolah ini telah disampaikan di hadapan perhimpunan pagi pada hari tersebut. Dengan penyampaian cenderahati ini dapat mendorong pelajar lain untuk sama-sama menjaga kebersihan di sekitar sekolah. Pembersihan halaman sekolah ini merupakan satu usaha ke arah menjadikan sekolah bersih dan ceria.