SEJARAH SMU(A) AHMADIAH BANGGOL JUDAH

    Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan

    Bangunan sekolah ini mula didirikan pada tahun 1961 bersebelahan dengan surau lama Kg.Banggol Judah.Ia diasaskan oleh Ustazah Hanisah Bt.Mohd Nor.Sekolah ini telah beroperasi pada pertengahan tahun 1961 dengan pelajarnya seramai 35 orang.Pengerusi sekolah ini ketika itu ialah Ustaz Haji Abu Bakar Bin Haji Ibrahim.

    Pada asalnya bangunan sekolah ini bernama Madrasah Angisyiah sempena nama kepada anak pengasas sekolah.Pembinaan bangunan sekolah ini mengambil masa selama 6 bulan.Ianya dijalankan secara gotong-royong semata-mata ingin menjimatkan kos pembinaannya.Keluasan bangun tersebut ialah 15 kaki dan panjangnya 20 ela.Binaan dindingnya dari papan dan atapnya adalah daun nipah.

    Ustazah Hanisah merupakan tenaga pengajar yang pertama bagi sekolah ini.Segala kelengkapan pelajar seperti kerusi,meja,almari baku dan sebagainya terpaksa disediakan sendiri oleh pelajar.

    Selepas bebrapa yahun kemudian,pengerusi baru iaitu Tuan Haji Ahmad Bin Abdul Ghani,seorang iman dari Kg.Ulu Sat telah mewakafkan sebidang tanah iaitu tapak sekolah sekarang ini bagi mendirikan bangunan baru dan sekolah ini kemuadianya ditukar nama kepada Ahmadiah sempena nama beliau.Pebelanjaan mendrirkan bangunan ini lebih kurang RM35.000.00.

    Tenaga pengajar telah ditambah dari tahun 1961-1964.Antaranya Ustaz Razali BIn Abdullah,Cikgu Ismail Bin Awang dan Ustaz Rosli.Pada tahun 1970,jumlah pelajar juga semakin bertambah.Tenaga pada waktu itu ialah Cikgu Mek Som ,Ustaz Jusoh,Ustaz Lazim,Ustazah Hanisah,Ustaz Abdullah dan Cikgu Kob Bin Man.Bendahari pada ketika itu ialah Cikgu Yusof Bin Salleh.

    Pada tahun 1998,sebuah masjid telah dibina yang dapat menamoung jemaah seramai 300 orang.Kos pembinaanya adalah sumbangan peribadi seroang warga arab Kuwait yang bernilai RM108.00.00.Pada awal sesi tahun 2000 pula,sebuah lagi bangunan dapat digunakan yang mengandungi 6 bilik.Di tingkat atas digunakan untuk kegunaan bilik pejabat,bilik guru,bilik pengetua dan bilik gerakan.


    Proses memajukan sekolah ini tidak terhenti setakat itu sahaja.Kantin baru telah diubahsuai pada tahun 2005 dibawah pentadbir Ustaz Ramli Bin Din.Kantin Tersebut terletak bersebelahan asrama puteri yang dulunya digunakan sebagai bilik warden.Perkarangan sekolah pula telah diturap sepenuhnya pada tahun 2008 bertitik tolak dari hasil cetusan pengetua baharu mengantikan Ustaz Ramli Bin Din iaitu Ustaz Mohd Fitri Bin Umar untuk memudahkan pelajar dan guru menjalankan aktiviti luar kelas seperti perhimpunan dan acara sukan.

    Pada tahun 2010 pula,sebuah wakaf untuk para pelajar telah didirikan di hadapan tandas pelajar perempuan.Di penghujung tahun pula,pagar sekolah telah di bangunkan untuk kemudahan dan keselesaan warganya.Proses pembangunan terus berlaku hingga ke tahun 2012 apabila Astaka Ahmadiah pula telah disempurnakan.

    Pada awal tahun 2014,keceriaan pejabat dan bilik guru juga telah diambil kira dengan usaha mengecat baru dinding pejabat dan menukar langsir baru selain menghampar karpet untuk meraikan para tetamu yang berkunjung ke sekolah ini.

    Setelah pembinaan masjid siap dijalankan,tandas guru lelaki dan perempuan mula diasingkan pada bulan Mei 2015 menggunakan kos yang didermakan oleh individu dermawan.Walaubagaimanapun,pembaikian masih balum siap sepenuhnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

    Selain masjid,keadaan asrama lelaki yang sudah usang membangkitkan semangat pengetua baru untuk dibaik pulih agar para pelajar boleh minginap dan pelajar dalam keadaan selesa serta mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

    Atas hasrat terbabit,dinding asrama lelaki telah diganti dengan dinding separa simen dan kayu selain dilengkapi yang ditempatkan di dalam asrama yang mula dibaik pulih pada bulan Disember 2015.Asrama perempuan juga telah dicat pada masa yang sama.

    Awal tahun 2016,pagar dan masjid dibina manakala bumbung asrama pelajar perempuan pula ditukar pada bulan Julai tahun yang sama.

    Begitulah perkembangan sekolah ini sehingga sekarang hasil sumbangan semua pihak dan kerjasama serta buah fikiran ramai agar sekolah ini dapat dimantapkan lagi dari segi infrastuktur untuk memberi keselesaan pengajar dan pembelajaran kepada penghuninya yang terdiri daripada pelajar berjumlah 200 orang bersama dengan 14 orang tenaga pengajar.

    Hubungi Kami

      SMU(A) AHMADIAH BANGGOL JUDAH
      18500 MACHANG KELANTAN.

      09-9766677 (Am)
      09-9766532 (Pengetua)
      09-9766510 (Faks)
      abjb201@gmail.com
    PENAFIAN :
    SMU(A) Ahmadiah Banggol Judah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
    Copyright © 2019 SMU(A)Ahmadiah Banggol Judah. All Rights Reserved. Designed By SMU(A)Ahmadiah Banggol Judah